Ibu Dan Anak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

1 Jul 2025 • 10:31 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mayat seorang ibu dan anaknya yang masih kecil ditemui dalam keadaan sudah mereput di sebuah unit pangsapuri di Bukit Gambir di sini, petang semalam.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 4.41 petang selepas terhidu bau busuk dari salah satu unit kediaman di pangsapuri berkenaan.

Sepasukan anggota polis segera dikerahkan ke lokasi sebelum mendapatkan bantuan pihak bomba untuk memecah masuk rumah tersebut memandangkan pintunya berkunci dari dalam.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Sebaik berjaya masuk, pasukan polis menemui dua mayat iaitu seorang wanita dipercayai ibu dan anak. Kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Bagaimanapun, identiti mereka belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai, selain keadaan mayat yang telah mereput.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan dan pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)