Kebakaran musnahkan 30 unit kontena asrama pekerja di Seremban

1 Jul 2025 • 11:12 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Kira-kira 30 unit kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights di sini musnah dalam kebakaran petang Isnin (Jun 30).

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Nafi Wahid berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 6.07 petang.

“Kontena yang keseluruhan berkeluasan 300x600 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan kawasan itu kosong ketika kejadian berikutan pekerja binaan belum pulang daripada bekerja.

“Berdasarkan maklumat daripada pemaju, asrama pembinaan itu menempatkan kira-kira 40 pekerja. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama di sini malam Isnin.

Beliau berkata operasi pemadaman membabitkan 18 anggota itu tamat pada 9.16 malam.