
Setiap tahun pasti akan ada kontroversi melibatkan Datuk Aliff Syukri dengan lagu raya yang dikeluarkan kerana berunsur negatif di mata masyarakat.

Terbaru ibu kepada Datuk Aliff, Bonda Rozita Ibrahim merayu supaya beliau memadam video berkaitan lagi raya tersebut.
Jangan malukan Mak kri @aliffsyukriterlajaklaris delete lagu tu— mak tegur secara terbuka ..!! Kalau kamu sayang mak delete – stop – hentikan selamanya jangan ada lagi lagu raya
Hidup mak dah akhir2 kri , sangat tak bahagia begini , ramdhan kri – hormatilah bulan mulia.

Selain itu, Bonda Rozita juga berasa malu kerana lagu tersebut dilancarkan pada 10 malam terakhir Ramadan.
10 malam terakhir kejar lailatur Qadr kamu lancarkan vid lagu bodoh xberakhlak ..!!
Mana malu ..?? Mana letak maruah .. ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat kri.
Harap Datuk Aliff memenuhi permintaan dari ibunya. Tak salah nak buat lagu raya, tapi bukan dengan cara yang memalukan.
Kredit: Rozita Ibrahim


