
Seorang murid pendidikan khas, Hanan, mencetuskan perhatian ramai selepas sebuah video memaparkan dia bergerak ke kantin sekolah dalam keadaan berlutut tular di media sosial.
Rakaman berkenaan dimuat naik oleh ibunya, Aisyah, di TikTok semalam dan pantas mengundang pelbagai reaksi netizen.
@aisyahali842 Hanan mengadu gunakan isyarat tangan katanya pergi kantin berlutut… mama pon pergi sekolah nak tengok betul atau tidak, betul lah hanan cakap.#Hanan #cerebralpalsy #dystonia #scoliosis #epilepsy
♬ original sound – bigboss – bigboss
Dalam kapsyen video tersebut, Aisyah menjelaskan bahawa Hanan yang mempunyai keperluan khas akibat cerebral palsy, mengadu menggunakan isyarat tangan bahawa dia pergi ke kantin dengan berlutut walaupun reverse walker telah disediakan untuk kegunaan anaknya di sekolah.
Berasa bimbang dan tidak mahu membuat kesimpulan sendiri, Aisyah hadir ke sekolah untuk melihat keadaan sebenar. Hasil pemerhatiannya mendapati, Hanan bergerak ke kantin tanpa menggunakan reverse walker yang sepatutnya membantu pergerakan anaknya.
Baca juga:
Ibu dedah anak OKU terpaksa berlutut ke kantin sekolah?
Wanita persoal penjualan minuman keras secara terbuka di pasar raya
Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen
Perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Sebahagian meluahkan simpati terhadap Hanan dan mempersoalkan aspek pemantauan murid pendidikan khas, termasuk peranan pembantu pengurusan murid (PPM) serta pengurusan penggunaan alat bantuan mobiliti dalam persekitaran sekolah.
Namun, terdapat juga pihak yang mempertahankan guru dan sekolah dengan menegaskan bahawa sekolah bukan pusat jagaan sepenuh masa.
Mereka berpandangan tanggungjawab menjaga murid berkeperluan khas perlu dilaksanakan secara bersama, termasuk memastikan peralatan bantuan digunakan secara konsisten dan pemakluman jelas dibuat antara ibu bapa serta pihak sekolah.
Sumber: TikTok Aisyah
The post Ibu dedah anak OKU terpaksa berlutut ke kantin sekolah? appeared first on The Reporter.


