“Ibu di hospital mana? Biar saya ziarah” – Ellie Suriaty Anggap Video Maaf Tak Ikhlas, Tetap Mahu Jumpa Ibu Imran Bard

EntertainmentPolitics
21 Feb 2025 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar tetap dengan pendiriannya mahu berjumpa dengan ibu bapa pempengaruh Imran Bard untuk tampil memohon maaf.

Malah, Ellie mengatakan bahawa beliau sanggup untuk datang berjumpa sekiranya benar yang dimaklumkan oleh Imran bahawa ibunya itu sedang menerima rawatan di hospital.

“Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf,” jelas Ellie kepada mStar Online hari ini.

Ellie juga enggan menerima pemohonan maaf Imran kerana anggap kenyataan menerusi hantaran video yang dibuat tidak ikhlas.

“Saya tak harap permohonan maaf dari dia. Video itu nampak dia macam tak ikhlas. Dia yang buat content aibkan nama saya. Jadi kenapa perlu saya jumpa dia dan bertanya? Lebih baik saya jumpa ibu bapa dia.”

Tegas Ellie lagi, beliau tidak anggap video Imran itu merupakan satu parodi atau hiburan.

image is not available

“Orang kutuk dan maki, tetapi mereka tidak duduk dalam situasi saya. Cuba bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sebegitu. Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud.”

Semalam, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu video Imran Bard yang dianggap mencemarkan namanya. Justeru, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Tidak lama selepas itu, Imran Bard tampil memberikan respon membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.