Ibu Didenda RM600 Lepas Anak Saman Sebab Buang Semua Komik ‘Attack On Titan’

Entertainment
20 Sep 2024 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 20-an dari Taiwan tekad nak saman ibu sendiri selepas mendapati kesemua 32 komik Attack On Titan hilang dalam sekelip mata.

Tindakan saman itu dilakukan setelah mendapati bahawa ibunya pergi buang semua buku komiknya tanpa bertanya kepadanya. Menurut sumber, mahkamah daerah telah memerintahkan si ibu membayar ganti rugi NTD 5,000 (kira-kira RM 663).

Bukan itu sahaja, si ibu juga diperintahkan untuk melakukan kerja berat selama 5 hari, tetapi boleh membuat rayuan. Hakim percaya bahawa ibunya membuang dan memusnahkan buku komik anaknya adalah “pelanggaran yang menyalahi undang-undang ke atas ahli keluarga” dalam “Undang-undang Pencegahan Keganasan Rumah Tangga”.

image is not available

Dalam pada itu, si ibu menyatakan bahawa dia menyangka timbunan manga yang ditinggalkan di tangga adalah sampah, jadi dia membuangnya. Tanpa dia sedar, tindakannya itu telah memburukkan lagi hubungannya dengan anaknya itu yang dikatakan sudah tegang sebelum kejadian lagi.

image is not available

Mahkamah juga pada mulanya mencadangkan agar mereka berdamai dan ibunya sendiri telah memohon maaf atas kecuaiannya, tetapi anak lelaki itu tetap berkeras untuk menyaman ibunya. Dia juga memberikan gambar komik kepada polis, mengatakan bahawa manga itu adalah edisi terhad dan masih baru.

Tergamak eh dengan mak sendiri dia buat macam tu.

Sumber : WORLD OF BUZZ

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.