
Kasih ibu membawa ke syurga, kita sebagai anak apabila menjelang dewasa pasti akan meletakkan ibu sebagai orang utama, tak anggap ia sebagai komitmen biarpun baru sahaja menempuh alam pekerjaan.
Malah jikalau sudah berkeluarga sendiri, pastinya ibu kita tak dapat dilupakan, rasa sebak bila melihat nasib seorang ibu ini.
Anggap ibu sebagai komitmen berat
Menerusi pengkongsian dari akaun TikTok Faiz Hakim, dia ada kongsikan kisah pilu salah seorang penghuni di rumah orang-orang tua mengenai nasibnya yang telah ‘dibuang’ oleh 2 orang anaknya.
Seorang makcik berumur 66 tahun yang berasal dari Kelantan mempunyai 2 orang anak dan mereka sudah berjaya.
Menurut Faiz Hakim, seorang anaknya bekerja sebagai doktor dan seorang lagi jurutera di sebuah syarikat terkemuka. Suaminya sudah meninggal dunia dan anak-anaknya meminta si ibu ini untuk turunkan nama harta semua kepada mereka sehinggalah ibu ini sehelai sepinggang.

Menurut si ibu ini, dia pernah ingin berjumpa dengan anaknya tetapi dihalau ketika sampai di depan rumah. Lebih memilukan lagi, si anak ini tinggalkan ibunya di rumah orang tua pada waktu malam dengan banyak alasan kerja dan tanggungan hidup.
“Mohon jaga mak ayah kita semua..Allahurabbi.”
@faizhakim90 Mohon jaga mak ayah kita semua..Allahurabbi.. #kisahibuanak #parenting #faizhakim #fahacademy
Video yang telah meraih 1.4 juta jumlah tontonan dalam masa sehari ini telah membuatkan ramai netizen sebak dengan nasib ibu ini dan ada juga yang marah dengan sikap anaknya tu, malah ada juga sanggup tawarkan diri untuk jadi ibu mereka kerana baru sahaja kehilangan ibu kandung mereka.


Sebak betul bila tengok si ibu ni menahan air matanya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
