Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran di Kluang

10 Sep 2026 • 6:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran di Kluang

KLUANG: Seorang ibu berserta dua anak lelakinya maut dalam sebuah kebakaran yang dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Taman Titiwangsa, di sini malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan I, Jusoh Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran itu pada pukul 10.44 malam.

Sehubungan itu katanya, seramai 14 anggota beserta tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang berjarak kira-kira lima kilometer.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah teres dua tingkat telah mengalami kemusnahan lebih kurang 50 peratus akibat kebakaran.

“Anggota juga mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah berkenaan. Pegawai kesihatan yang hadir mengesahkan ketiga-tiga telah meninggal dunia dipercayai kerana lemas akibat asap kebakaran,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jusoh, anggota kemudian bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran dua pancutan.-UTUSAN

The post Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran di Kluang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved