Ibu dua kanak-kanak keluar kepala melalui 'sunroof' ditahan

LocalFamily & Parenting
5 Jul 2026 • 12:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ibu dua kanak-kanak keluar kepala melalui 'sunroof' ditahan
Video perbuatan kanak-kanak berumur empat dan enam tahun itu yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan ibu kepada dua kanak-kanak yang dirakam mengeluarkan kepala mereka melalui sunroof, atau bumbung matahari, sebuah kereta hitam yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan hari ini selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, pihaknya telah mengesan video perbuatan kanak-kanak berumur empat dan enam tahun itu yang tular di media sosial.

"Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras dan laporan polis diterima pada jam 5.28 petang tadi," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor S. Tharani di talian 017-7331 935 bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri serta pengguna lain khususnya melibatkan kanak-kanak. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved