Ibu Enggan Beli Telefon Baru, Remaja Lelaki Ditemui Lemah Dalam Hutan Gara-Gara Merajuk

15 Aug 2023 • 3:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditemui tidak berbaju lemah di dalam hutan

Ibu Enggan Beli Telefon Baru, Budak Remaja Ditemui Lemah Dalam Hutan Gara-Gara Merajuk. Berang dengan ibunya kerana tidak dibelikan telefon baharu, remaja lelaki di Daerah Bantul, Indonesia yang berusia 15 tahun, nekad lari dari rumah selama tiga hari dan memilih untuk tinggal di dalam hutan, lapor Indo Zone.

“Dari keterangan keluarga, mangsa melarikan diri sebab marah dengan ibunya yang enggan belikan smartphone,” kata jurucakap Polis Bnatul, Nengah Jeffy, Khamis, 10 Ogos lalu.

image is not available
Ibu Enggan Beli Telefon Baru, Budak Remaja Ditemui Lemah Dalam Hutan Gara-Gara Merajuk. Kredit: The reporter

Difahamkan, remaja itu lari dari kediamannya pada Isnin, 7 Ogos lalu sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis sebaik menyedari kehilangannya.

Bertindak di atas maklumat, polis menubuhkan satu pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 100 individu.

Difahamkan, asukan SAR berjaya menemui remaja berkenaan ditemui pasukan SAR kira-kira jam 3.30 petang.

image is not available

Mangsa yang hilang selama tiga hari tanpa makanan dan minuman ditemui dalam keadaan lemah, lapar dan tidak berpakaian.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang luka kecederaan dan terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Baca lagi artikel menarik: