Ibu ‘Gadis Veil’ Beri Penjelasan, Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain – “Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding”

19 Jun 2025 • 7:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada ‘gadis veil’ Putri Darweena Natasya, iaitu penerbit Datin Mahfuzah tampil memberi penjelasan setelah majlis perkahwinan anak perempuanya itu disamakan dengan upacara agama lain oleh sesetengah netizen.

Menurut Mahfuzah, anaknya Darweena sudah bernikah pada 8 Jun lalu dan majlis yang tular itu diadakan di luar negara dengan tema ‘garden wedding’.

Sebenarnya, ramai salah faham. Ada yang kaitkan dengan upacara agama lain apabila melihat foto majlis anak kesayangan saya. Foto dan video yang viral itu adalah sedutan majlis resepsi yang diadakan pada 16 Jun lalu.

Majlis resepsi pula bertemakan ‘garden wedding’, jadi pengantin dan tetamu datang mengikut tema majlis. Anak saya sudah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada 8 Jun lalu di Al Manaar, London.

Datin Mahfuzah yang juga ibu mentua kepada pelakon Erissa Puteri turut memohon kesejahteraan anak menantunya yang baru melangsungkan perkahwinan dan juga tamat pengajian dalam jurusan undang-undang.

Urusan akad nikah semua sudah diselesaikan awal. Saya juga menerbangkan mereka yang berpengalaman di Malaysia untuk ke London seperti Rozlan Nassir, pereka fesyen Engku Rizalman dan jurufoto Budak Tadika untuk majlis anak saya.

Sejujurnya saya tak ambil hati dengan komen negatif, tetapi saya ibu saya berharap orang ramai mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat, Insya-Allah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Sekali Lagi Viral, Perkahwinan Gadis 'Veil' Di London Dikritik Seperti Gaya Orang Barat - "Tak Mendalami Agama, Macam Ni Lah"