Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan

23 Mar 2023 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang ibu hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar, Machang pada Rabu.

MACHANG - Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 7.13 malam itu mangsa, Che Suriani Mahmod, 22, dikatakan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta yang dipandu seorang pengawal keselamatan dari arah Kuala Besut, Terengganu menghala ke Kuala krai melalui jalan Bukit Bakar.

"Setiba di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha Nouvo LC yang ditunggang oleh suri rumah terbabit datang dari arah bertentangan terus masuk kelaluan pengawal keselamatan yang berusia 31 tahun itu.

"Lelaki tersebut kemudian telah mengelak ke sebelah kanan jalan lalu motosikal mangsa terlanggar bahagian sebelah sisi kiri keretanya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, motosikal tersebut kemudian telah terlanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Pesona yang berada di belakang.

Ujarnya, akibat daripada pelanggaran itu, ibu mengandung terbabit telah tercampak ke tengah jalan.

Mohd Adli berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved