Wanita hamil lima bulan maut kemalangan

23 Mar 2023 • 1:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MACHANG: Seorang wanita hamil lima bulan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan dua kereta dalam kemalangan di Jalan Kemuning-Bukit Bakar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian 7.13 petang itu, Che Suriani Mahmod, 22, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar bahagian kiri sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak mangsa.

“Mangsa yang hilang kawalan melanggar pula sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang wanita yang berada di belakang Proton Wira itu. Kejadian menyebabkan mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan,“ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved