Ibu Hilang Di Hospital Masa Tunai Umrah, Rupanya Dah ‘Pergi’ Sehari Sebelum Pulang Ke Tanah Air

Entertainment
18 Jan 2023 • 1:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak ada perkara yang lebih memeritkan hati seorang anak selain daripada kehilangan ibunya. Inilah yang terjadi kepada pemuda berusia 24 tahun ini.

Ibu kepada Muhammad Nazwan Naziruddin Bahruddin meninggal dunia saat menunaikan umrah di sebuah hospital di Madinah pada hari Jumaat di mana ianya sehari sebelum pulang ke Malaysia.

 

Pernah cakap reda kalau meninggal dunia di sana sebab teringin nak ke tanah suci

image is not available

Kata Nazwan kepada mStar Online, dia bersama keluarga tiba di Jeddah, Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah itu pada 6 Januari lalu.

Nazwan menceritakan bahawa kunjungannya bersama keluarga ke tanah suci itu adalah bagi menunaikan hajat ibunya, Che Wan Rahimah Che Wan Malim.

“Saya dan mama bersama makcik, pakcik dan nenek menyertai rombongan. Memang kami semua nak pergi buat umrah.”

“Mama teringin sangat nak ke tanah suci, malah pernah menyatakan yang dia reda sekiranya meninggal dunia di sana.”

Tambah Nazwan, ibunya yang berumur 50 tahun itu menghidap penyakit kanser ovari tahap 4 sejak 5 tahun lalu. Walaupun dalam keadaan kurang sihat, ibunya tetap bersemangat menunaikan umrah.

“Sepanjang masa saya bersama dengan mama. Saya sentiasa pantau keadaan mama di sana, dengan pergerakannya menggunakan kerusi roda.”

image is not available

“Selepas hati ketiga di Madinah, mama mula tak sihat dan sesak nafas. Mama dibawa ke hospital Madinah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).”

Anak ketiga daripada 5 beradik itu menyatakan bahawa ibunya yang berasal dari Dungun, Terengganu itu sudah mula koma selama 3 hari dan dia berdepan dengan detik cemas apabila tidak dapat jumpa ibunya di hospital pada hari ketiga.

image is not available

“Petang Jumaat (13 Januari) tu saya cari mama di ICU, tapi tak ada. Pergi cari di bahagian kecemasan pun tak ada. Saya cuak sampai cari satu hospital.”

“Saya minta bantuan mutawif sebab mak ‘hilang’. Rupa-rupanya mak dah meninggal dunia pada petang Jumaat.”

Ibu Nazwan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah pada hari yang sama. Nazwan akui dirinya agak terkilan kerana tidak sempat menatap ibunya buat kali terakhir, namun dia reda dengan ketentuan ilahi.

image is not available

“Alhamdulillah, permintaan dan hajat mama sudah tertunai. Sebelum ini, mama nak sangat pergi tanah suci dan mama dapat menyempurnakan hajatnya.”

“Mama meninggal dunia petang Jumaat. Malam tu saya sudah berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu.”

“Sepatutnya saya nak extend berada di Madianah sebab nak jaga mama di ICU, tapi mama dah ‘pergi’ dahulu lebih awal.”

Nazwan menyifatkan ibunya sebagai seorang yang penyayang dan suka bersedekah, katanya,
arwah ibunya itu kerap bertanya hari apa sebelum dia ‘pergi’.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.