Ibu hilang sekelip mata dalam 24 jam

Football
16 May 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Alex Ong

Kota Kinabalu: Pemain Piala Presiden Sabah Adriano Carlos Peter masih tidak percaya ibunya, Doris Anggun, 51, sudah tiada lagi selepas bertemunya hampir sehari sebelum itu – mendiang maut akibat dipanah petir di Kota Belud pada 29 April.

“Saya tidak akan lupa ibu, ayah dan adik-beradik datang ke Padang UMS untuk melihat saya menentang Negeri Sembilan pada perlawanan pembukaan pada 28 April ini,” kata Adriano, 18.

Bek tengah itu berbangga kerana ibunya sentiasa menyokong kerjaya bola sepaknya.

“Selepas perlawanan, saya pergi berjumpa mereka dan ibu saya menasihati saya untuk berlatih dengan baik, berdisiplin dan sentiasa mendengar arahan jurulatih. Mereka kemudiannya bertolak pulang di Kg Tempasuk.