
RANAU: Pejabat Kebajikan Daerah sedang mencari ahli keluarga atau waris seorang kanak-kanak bernama Shora Aeyra.
Pelindung di Pejabat Kebajikan Daerah Ranau, Halisah Baharudin berkata, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu ditinggalkan oleh ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen.
Katanya, mereka sedang berusaha mencari ibu kandung kanak-kanak itu untuk kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Shora yang lahir pada 6 Mac 2018, kini tinggal bersama seorang penjaga di Kg. Paka 1, di sini selepas dia diserahkan oleh ibu kandungnya pada 15 Mac 2018.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Bagaimanapun, penjaga sekarang tidak mempunyai hak jagaan sah untuk menguruskan hal-hal kebajikan, perubatan dan persekolahan kanak-kanak tersebut,” katanya.
Menurut Halisah, ibu kandung kanak-kanak tersebut bernama Emilia Donald, berusia 31 tahun, berbangsa Dusun dan juga berasal dari Kg. Paka 1.
Sejak 2018, katanya, wanita itu tidak pernah melawat, menyokong, memberi khabar, atau menuntut anak tersebut, hanya meninggalkan buku klinik kanak-kanak itu tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Halisah menambah, penjaga juga telah mencuba pelbagai cara untuk mencari ibu kandung terbabit tetapi tidak berhasil.
Kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah Perintah Jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) melalui perintah Mahkamah Kanak-kanak Ranau pada 25 September lalu, katanya.
Menurutnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Halisah di 088-870509 atau datang ke Pejabat Kebajikan Daerah Ranau, Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah di sini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



