Dalam kegelapan malam, seorang ibu sanggup menunggang basikal menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk menyelamatkan anaknya yang diserang sawan.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok menunjukkan, wanita tersebut gigih mengayuh basikal melalui jalan kampung yang gelap, sambil diekori oleh ambulans menuju ke rumahnya.
Menurut Danial Haikal, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan dari pengadu yang memaklumkan anaknya mengalami sawan. Bertindak di atas maklumat, ambulans telah dikerahkan ke lokasi. Malangnya, mereka mengalami kesukaran untuk mencari rumah pengadu di tengah kepekatan malam.
terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit
“Kami inform caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab susah nak cari rumah dia.
“15 hingga 20 minit kemudian dia datang dan kami agak terkejut sebab si ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap serta meminta maaf sebab terlambat. Lalu dia tunjukkan jalan kami ke rumahnya.
“Saya cuba pujuk dia untuk naik ambulans dan bawa basikal. Tetapi dia menolak dan mahu mengayuh basikal. Kami pun ikutlah dia.
“Rumahnya agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit. Saya yang ada di dalam ambulans ini pun sebak tengok ibu ini sanggup berkayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit,” katanya.
Video yang dikongsi itu mencetuskan gelombang reaksi daripada netizen, yang sebahagian besarnya tersentuh hati dengan pengorbanan seorang ibu dalam usaha mendapatkan bantuan untuk anaknya.
Ibu sanggup buat apa sahaja untuk anak

Menitis air mata

Nyawa pun sanggup dikorbankan untuk anak

The post Ibu kayuh basikal dalam gelap, jemput ambulans ke rumah untuk bawa anaknya ke hospital appeared first on The Reporter.




