Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

6 Jun 2024 • 9:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.

 

Mujur alatan tak terkena mata bayi

Menceritakan kisah tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul Apiqah memaklumkan doktor terpaksa menggunakan kaedah tersebut untuk memecahkan air ketubannya bagi menyelamatkan nyawa bayi di dalam kandungan.

 

Bagaimanapun maklum Apiqah, alatan yang dikenali sebagai amniohook atau coccus yang berbentuk runcing itu didakwa terkena pada pada bahagian wajah anaknya sehingga menyebabkan sedikit luka.

Menerusi video pendek yang dikongsi di platform TikTok miliknya jelas kelihatan kesan luka panjang itu bermula dari bahagian pipi sehingga dahi. 

 

Namun, menyebelahi bayi comel itu kerana alatan tersebut tidak terkena di bahagian matanya.

“Saja nak kongsi pengalaman saya bersalin di Hospital Taiping. Anak saya terkena alat pecah ketuban di muka. Syukur tak kena mata tapi hampir hampir ya,” tulisnya.

image is not available

Sudah memafkan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh Apiqah selepas kejadian tersebut.

Apiqah kemudiaannya membalas komen netizen dengan menjelaskan bahawa pihak hospital sudah memohon maaf kepadanya berkenaan perkara itu.

“Saya kalau doktor datang elok-elok minta minta maaf saya okay sahaja. Saya pun dah maafkan sebab ialah, benda kat dalam kan. Jangan doktor yang sombong,” tulisnya.
image is not available

Untuk info, alatan amniohook atau coccus yang berbentuk runcing ini digunakan untuk memecahkan air ketuban bagi membantu kontraksi semula jadi terjadi

Tindakan ini dipilih oleh doktor untuk menyelamatkan nyawa bayi.