Ibu M Nasir meninggal dunia

Entertainment
26 Mar 2023 • 11:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar perkhabaran duka tentang kematian ibu kepada M Nasir dikongsikan oleh isterinya, Datin Marlia Musa di Instagram pada Ahad.

SHAH ALAM - Ibu kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir iaitu Aesah Yahya meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 4.15 petang tadi akibat sakit tua.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi hantaran di laman sosial Instagram.

“Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan kami ke negeri abadi,” tulisnya.

Berita kematian itu turut mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya Alif Satar, Nad Zainal dan Elly Mazlein.

Pemergian ibunya itu tidak sampai tiga tahun selepas bapanya, Mohamed Sam menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun juga disebabkan sakit tua.

Bagaimanapun, M Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, ketika itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk hadir ke pengebumian arwah bapanya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved