
PETALING JAYA: Seorang wanita maut, manakala dua anaknya parah selepas kenderaan dipandu terlibat kemalangan di KM77, Jalan Johor Bahru-Air Hitam.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar empat anaknya ke sekolah.
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45, yang juga seorang suri rumah meninggal dunia akibat parah di dada dan kaki, dalam kejadian kira-kira 7 pagi tadi.
Katanya, anaknya, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang berada di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, pelanggaran itu mengakibatkan Asyraff mengalami pendarahan di kepala, perut, dan patah tangan kiri, manakala Azzam dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala dan patah paha kiri.
Bahrin berkata, dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri, manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki kiri, dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
