Ibu Maut, Anak Parah Digilis Kereta Api Ketika Melintas Di Kampung Petagas Sabah

19 Nov 2024 • 5:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tragedi di Landasan Keretapi di Sabah: Wanita Terkorban, Anak Cedera Parah

Ibu Maut, Anak Parah Digilis Kereta Api Ketika Melintas Di Kampung Petagas Sabah. Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dilanggar keretapi ketika melintas landasan berhampiran Kampung Petagas, petang tadi.

Ketua Balai Bomba Putatan, Noorsherriyana Bohari, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 1.58 petang.

image is not available
Sumber Gambar: BERNAMA

Lokasi kejadian telah dibersihkan

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati insiden melibatkan dua mangsa iaitu seorang wanita berusia 41 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun. Mereka telah dirempuh keretapi yang sedang dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelakinya mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki serta cedera di tangan dan kepala.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Pasukan bomba turut membantu membersihkan lokasi kejadian dan mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.47 petang setelah memastikan tiada risiko lain di kawasan berkenaan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved