Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

19 Nov 2024 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Maut, Anak Cedera Parah Dirempuh Kereta Api

PUTATAN, 19 November (Bernama) — Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api di hadapan Kampung Petagas, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Penolong Penguasa Bomba Noorsherriyana Bohari berkata mangsa, Lena Gabin, 41, dan anaknya itu dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan.

“Lena disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang putus kaki kanan selain cedera di tangan dan kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Noorsherriyana berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 2.20 petang.

“Pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat jenazah mangsa, sebelum operasi tamat pada 2.47 petang tadi,” katanya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved