Ibu maut, anak umur dua tahun cedera parah dilanggar kereta

29 Oct 2025 • 2:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GEORGE TOWN, 29 OKT: Seorang wanita warga asing maut manakala anak perempuannya berusia dua tahun cedera parah dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian 8.40 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu SUV yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 57 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Dua menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA