Pekerja pembersihan maut motosikal rempuh kuda melintas

28 Oct 2025 • 2:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JASIN, 28 OKT: Seorang pekerja pembersihan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kuda yang melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin DSP Nor Azlinda Nordin berkata kejadian berlaku pada 7.10 pagi dan lelaki 59 tahun yang bekerja di sebuah universiti awam di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan.

“Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dari Serkam ke kampus universiti dan dipercayai melanggar kuda yang tiba-tiba melintas dari kiri jalan.

“Polis sedang mengesan pemilik kuda bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Ahmad Aqil Yusoff menerusi talian 013-9393747.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved