Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu di Banting

14 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu di Banting

Seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di Banting.

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibunya yang dipercayai maut akibat dijerut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung seorang wanita tempatan berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu merupakan anak wanita tersebut dan motif kejadian masih dalam siasatan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved