Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera kemalangan di Gua Musang

15 May 2025 • 9:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 15 MEI: Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Razani Mamat berkata kejadian berlaku semasa wanita berkenaan Rohaya Jaafar, 42, baru mengambil anak-anaknya dari sekolah pada kira-kira 1.30 tengah hari.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan wanita itu yang tersepit dalam keretanya, namun dia disahkan meninggal dunia pada 2.31 petang oleh pihak kesihatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota bomba kemudian membuat kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan kemalangan itu benar-benar selamat, dan operasi selesai pada 3.13 petang.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved