Ibu mengandung & empat anak rentung dalam kebakaran

13 Feb 2025 • 10:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita mengandung dan empat anaknya rentung selepas rumah mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berjaya diselamatkan namun mengalami kecederaan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau serta Padang Temu ke lokasi.

“Sebaik tiba pada jam 1.51 pagi, kami dapati rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi itu sudah terbakar 80 peratus.

“Ketika operasi pemadaman dijalankan, kami menemui lima mangsa dalam keadaan rentung, manakala seorang lelaki ditemui masih bernafas,” katanya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Mangsa yang terkorban adalah wanita berusia 35 tahun yang sedang mengandung, tiga anak perempuan berusia 13, 6 dan 3 tahun, serta seorang anak lelaki berusia 7 tahun.

Operasi memadam kebakaran terkawal pada jam 3.15 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.36 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan

Sumber: Harian Metro, Info Semasa