Rumah Terbakar Di Umbai: Isteri Sempat Kejut Suami Sebelum Rentung

Entertainment
13 Feb 2025 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita kematian lima beranak dalam sebuah kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah Laila Fatinah Mustapa, 35, serta empat anak iaitu dua anak perempuan, Nur Damia Badrisya, 13, dan Nur Dalila Khatijah, 5, serta dua lelaki, Izz Dafa Hafizuddin serta Izz Dani Fati, berusia tujuh dan dua tahun.

image is not available

Difahamkan, pihak polis menerima panggilan berhubung kebakaran pada 1.45 pagi dan hasil siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Khairuddin Saari, 35, menyatakan dia yang sedang tidur dikejutkan oleh isteri, Laila Fatinah jam 1.35 pagi memaklumkan rumah mereka terbakar.

“Muhammad Khairuddin cuba menyelamat kesemua ahli keluarganya, namun gagal kerana pergerakannya terbatas ekoran kaki kanan patah (bersimen) dan mengalami sesak nafas akibat asap tebal.

Pada jam 3 pagi, api berjaya dipadamkan dan pemeriksaan bomba menemui lima mayat rentung seratus peratus iaitu isteri dan anak-anak mangsa,” katanya.

Beliau berkongsi, pasukan bomba menemui wanita itu di bahagian serambi rumah manakala empat anaknya berada bergelimpangan berhampiran pintu rumah dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.

Muhammad Khairuddin yang turut cedera kini dirawat di Hospital Jasin dan jenazah lima beranak yang terkorban kini di Unit Forensik hospital yang sama.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.