Ibu Mengandung Mengidam Karipap Penjara, Sebak Bila Akhirnya Dapat Selepas 3 Hari

Entertainment
14 Jun 2024 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu yang sedang mengandung teringin makan karipap kambing yang dijual oleh Penjara Kajang.

Dalam hantaran @Ashfazieraa di laman TikTok, dia sudah lama mengidam untuk makan karipap kambing tersebut dan sanggup mengajak suaminya ke Penjara Kajang selama tiga hari berturut-turut untuk mendapatkannya.

@ashfazieraa

Karipap kambing penjara kajang @Muhamad Iman

♬ original sound – user93244148287

“Hari pertama, saya pergi ke Penjara Kajang sekitar pukul 4 petang. Tetapi, pegawai di pintu pagar cakap Prismart sudah tutup.

Esoknya, saya datang lagi pada pukul 12 tengah hari. Namun, saya kecewa kerana bukan karipap kambing sahaja yang habis, tetapi hampir semua karipap licin dijual,” katanya.

Namun, wanita itu tidak mengalah dan mencuba nasib sekali lagi keesokan harinya, dia dan suaminya datang lebih awal tetapi karipap itu masih belum dihantar ke kedai.

Rupa-rupanya, menurut pegawai tersebut, karipap kambing di Penjara Kajang selalu habis dijual kerana mendapat permintaan ramai.

“Kemudian, pegawai tersebut bawa kami berjumpa seorang sarjan yang dapat membantu.

Menurut sarjan tersebut, kalau kami tidak berjumpa dengan dia, mungkin sampai bila-bila kami tidak akan dapat beli karipap kambing tersebut,” jelasnya.

Difahamkan, permintaan untuk karipap itu sangat tinggi sehingga perlu menunggu giliran untuk membeli makanan itu.

Sumber: Kosmo!, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.