Ibu Meninggal Dunia, Adam Corrie Mohon Ruang Untuk Uruskan Pemergian Mendiang

LocalEntertainment
7 Dec 2025 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi khabar duka apabila memaklumkan pemergian ibu tercinta menerusi satu hantaran di media sosial malam tadi. Berita itu disampaikan dengan penuh rasa hiba ketika beliau sedang menguruskan detik terakhir insan tersayang tersebut.

Menurut Adam, pemergian ibunya memberi kesan mendalam dan beliau kini menangguhkan semua komitmen bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan keluarga.

“Dengan hati yang berat, saya memaklumkan bahawa ibu tercinta saya sudah pergi buat selama-lamanya”

image is not available

Beliau turut merakam permohonan maaf kepada semua pihak atas segala kesulitan yang mungkin timbul susulan keadaan itu.

Dalam masa sama, Adam mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan oleh orang ramai sejak berita sedih itu dikongsikan.

Tambahnya, doa serta kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan para pengikut media sosial sangat membantu meringankan kesedihan yang ditanggung.

Sumber: Astro Awani, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.