Ibu Mentua Hamzah Zainuddin Maut Dalam Kebakaran Rumah

20 Jun 2025 • 11:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku malam tadi apabila rumah keluarga mentua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian kira-kira jam 9.19 malam itu mengorbankan ibu mentua beliau, Salmiah Nyakk Matt, 84 tahun, manakala suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83 tahun, mengalami sesak nafas dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

image is not available

Foto: BH

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, pasukannya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata siasatan awal mendapati seramai enam orang berada di dalam rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah itu sewaktu kebakaran berlaku.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Seorang wanita berusia 84 tahun yang juga ibu mentua Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Empat lagi ahli keluarga berusia antara 18 hingga 49 tahun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan kes kini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

image is not available

Foto: Kosmo!

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-254 2222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian Online (Zahratulhayat Mat Arif)