Ibu Minta Duit Teman Wanita Anak Dengan Alasan Untuk Dapat Berkat Undang Perhatian Netizen

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 12:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ibu

Seorang pengguna Thread, DearBadie, baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila berkongsi pengalaman di mana ibu teman lelakinya meminta wang daripadanya dan rakan-rakan anaknya dengan alasan untuk “berkat.”

Menurutnya, permintaan tersebut disertai dengan cerita sedih yang seolah-olah cuba meraih simpati.

Permintaan pelik demi “berkat”…

DearBadie turut memuat naik tangkap layar WhatsApp yang menunjukkan ibu teman lelakinya meminta sumbangan kecil, dengan harapan setiap orang boleh menyumbang RM50 sebagai “berkat” kepada orang tua.

Rupanya, ramai lagi yang pernah alami pengalaman serupa. Seorang pengguna, Mia Melly Mermaid, turut menceritakan bagaimana ibu bekas teman lelakinya pernah meminta untuk meminjam keretanya bagi urusan peribadi.

Bagi Mia, permintaan tersebut mengejutkan, terutama apabila disertai dengan pertanyaan mengenai status servis kereta tersebut.

image is not available

Pandangan positif dan amaran netizen

Ada yang melihatnya sebagai peringatan untuk bersedekah, seperti pandangan dari Amilia, yang berfikiran positif dan menganggap ia cara ibu teman lelakinya mengingatkan mengenai kebajikan.

Namun, ada juga yang memberi amaran, seperti Sakinah, yang menasihati supaya tidak terjerat dengan permintaan sebegini kerana ia boleh menjadi beban di masa hadapan.

#OhmediaNasihat

Sentiasa berhati-hati dengan permintaan yang luar biasa, terutama dalam hubungan yang masih awal. Bersedekah memang baik, namun pastikan niatnya jelas dan tidak membawa masalah di kemudian hari.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Thread