Ibu minta jangan bandingkan Qistina Raisah dengan anak orang lain

Family & Parenting
15 Feb 2024 • 11:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu kepada pelakon remaja Qistina Raisah iaitu Roszana Aminuddin minta kepada netizen untuk tidak membandingkan anaknya dengan orang lain.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Roszana seolah-olah meluahkan rasa kecewanya kerana sehingga kini Qistina masih lagi menjadi mangsa kecaman warganet.

Selalu dikecam, ibu minta jangan bandingkan Qistina Raisah

image is not available

“Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun di tentang anakku yang kurang di matamu.

“Jika kamu peduli dan khuatir, sejatinya aku seorang ibu yang pertama kali peduli dan khuatir segala tentang anakku,” katanya pada Rabu.

Roszana turut meluahkan bahawa dia sedaya upaya melakukan yang terbaik buat anaknya namun orang ramai tidak melihat perkara tersebut.

“Kamu juga tidak benar-benar tahu apa yang aku perjuangkan untuk anakku. Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku.

Ibu minta jangan bandingkan Qistina Raisah dengan anak orang lain

image is not available

“Aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku, jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Qistina menjadi perhatian netizen selepas terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk berkaitan kenyataan yang pernah dia keluarkan.

image is not available

Terdahulu, pelakon berusia 16 tahun itu pernah membuat kenyataan dia mempunyai keinginan untuk meraih anugerah sebagai pengiktirafan kerja seninya.

Selain itu, Qistina juga dilaporkan meminta golongan pelakon yang pernah mendapat anugerah untuk tidak memandang hina pelakon lain.

Ibu minta jangan bandingkan Qistina Raisah

Selain itu, dia dikecam sekali lagi apabila menjayakan babak yang dianggap keterlaluan dalam drama lakonannya berjudul Surat Dari Tuhan.

Sumber: Instagram Roszana Aminuddin & Qistina Raisah