Ibu muda berpantang bersama bayi kembar di PPS

23 Nov 2023 • 6:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Seorang ibu muda bersama bayi kembar terpaksa berpantang di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, setelah rumah kediamannya dinaiki air petang semalam.

Nor Asyikin Zakaria, 23, dari Kampung Bendang Perol berkata beliau bersama bayi lelakinya berpindah ke PPS itu apabila air mula memasuki rumah dan naik separas lutut.

“Selepas keluar dari rumah, saya terpaksa pula meredah air banjir separas pinggang sejauh 800 meter di hadapan rumah hingga ke jalan raya sebelum diambil suami yang pulang dari tempat kerja untuk menyelamatkan saya dan anak.

Saya kemudian dibawa menaiki kereta ke PPS ini kira-kira 6 petang semalam,“ katanya ketika ditemui Bernama di PPS SK Tok Deh, hari ini.

Nor Asyikin mengakui mula bimbang keselamatannya dan anak berusia 44 hari apabila air naik selepas hujan berterusan sejak Isnin.

“Kami sudah sediakan sampan namun memilih untuk berjalan kaki meredah air kerana takut sampan itu terbalik dan membahayakan anak saya Muhammad Nabil Khalis Muhammad Fazra dan Muhammad Naufal Khalis.

Beliau berkata walaupun terpaksa berpantang di PPS ia tidak menjadi masalah kerana pihak bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang selesa.

“Selain itu mangsa lain yang berpindah di sini turut membantu saya,“ katanya. -Bernama