Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

27 Oct 2023 • 6:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut dan bayi enam bulan cedera parah selepas kereta dinaiki bersama empat keluarganya terbabas.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 57, Jalan Lipis ke Merapoh, Central Spine Road (CSR), kira-kira 6 petang, semalam.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis pada 12.05 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Nor, siasatan awal mendapati kereta dipandu ibu mangsa telah hilang kawalan.

Kereta yang dipandu wanita itu kemudiannya merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbabas di lokasi kejadian.

Warga emas turut menjadi penumpang kereta yang terbabas

Jelas Azli, kereta tersebut turut bapa wanita berkenaan yang berusia 60 tahun, adiknya bersama empat anaknya. Empat anaknya berusia dalam lingkungan enam bulan hingga tujuh tahun.

Ketika insiden terbabit, mereka sekeluarga difahamkan sedang dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang berada di tempat duduk penumpang belakang mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus. Selain itu, keadaan permukaan jalan kering serta cuaca baik ketika insiden tersebut berlaku di lokasi kejadian.

Azli berkata bahawa kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut akan dilakukan selepas ini.

Sumber: Sinar Harian