Ibu pasrah satu-satunya anak terkorban

10 Aug 2022 • 6:09 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

GAZA: “Hidup saya berakhir apabila dia syahid,” kata Najwa Abu Hamada, 48, yang anaknya Khalil Abu Hamada berusia 19 tahun terkorban apabila dia keluar ke jalan di luar kediaman mereka dan terbunuh dalam kekalutan serangan udara tentera Israel yang menceroboh Palestin, Sabtu lalu.

image is not available
Foto kredit Reuters dot com

Khalil merupakan anak tunggalnya, arwah dilahirkan selepas 12 tahun berkahwin dan lima percubaan rawatan ‘in vitro fertilization’ IVF gagal.

“12 tahun berkahwin saya tidak pernah merasa dipanggil ibu. Selepas Khalil lahir, saya seolah-olah tidak percaya akhirnya berpeluang menjadi seorang ibu. Saya sangat bersyukur kepada Allah diberi peluang merasai nikmat melahirkan seorang anak. Tapi akhirnya, Allah memilih Khalil untuk tidak lagi bersama saya..” luah Najwa dalam satu temubual bersama Middle East Eye.

image is not available
Foto kredit Reuters dot com

“Kami baru selesai makan malam bersama, Khalil keluar untuk bersama rakan-rakannya. Dengan tiba-tiba satu bunyi dentuman meletus yang mengegarkan kediaman kami.” Najwa menceritakan detik-detik anaknya meninggal dunia dalam sekelip mata.

Mereka sekeluarga tinggal di kem pelarian Jebaliya yang sesak di sebelah utara Gaza. Serentak selepas bunyi letupan bom reda, Najwa berlari keluar mencari anaknya.

image is not available
Foro kredit Instagram @eye.on.palestine

Najwa menemui jenazah anaknya tidak jauh berhampiran kediaman mereka di hadapan semua pasar raya.

Khalil adalah seorang daripada lima yang terbunuh di tempat kejadian.

Pada Jumaat, Gaza sekali lagi dibedil tentera Israel atas alasan ‘mempertahankanan diri’ daripada pejuang Palestin. Seramai 44 orang gugur syahid, 15 daripadanya merupakan kanak-kanak dan empat adalah wanita.

image is not available

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia