Ibu pelatih PALAPES tuntut siasatan semula, sedia kubur anak digali

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 9:32 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SEMENYIH – Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, menggesa agar bedah siasat kedua dijalankan dan bersedia kubur anaknya digali semula bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Menurut ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, permohonan berkenaan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Beliau menegaskan, kematian anaknya tidak mungkin berpunca daripada sawan seperti yang dimaklumkan, memandangkan terdapat kecederaan teruk dan pendarahan pada tubuh Allahyarham.

“Saya mohon bedah siasat kedua dilaksanakan segera dan siasatan telus dibuat tanpa melindungi sesiapa.
Saya juga mahu wakil peguam keluarga dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Kes ini menarik perhatian umum selepas keluarga mendakwa terdapat unsur kecuaian atau kemungkinan salah laku dalam insiden yang menimpa pelatih PALAPES berkenaan.

Pihak berkuasa setakat ini masih menjalankan siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved