‘Saya Tak Larikan Diri’ – Namewee Tampil Serah Diri, Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh

LocalEntertainment
5 Nov 2025 • 9:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi rap terkenal, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, difahamkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Namewee tampil serah diri untuk bantu siasatan

image is not available

Menurut hantaran terbaharu di laman Facebook miliknya pada Selasa, dilihat Namewee tampil serah diri dan memaklumkan bahawa dia baru tiba di ibu negara dari Johor Bahru sebelum ke balai polis untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya kini berada di balai polis dan akan memberikan keterangan sepenuhnya bagi membantu siasatan. Saay juga ingin menjelaskan kepada orang ramai serta keluarga mendiang mengenai perkara sebenar.

“Saya tidak akan melarikan diri. Dalam tujuh kali saya dipanggil untuk siasatan sebelum ini, saya hadir secara sukarela dan tidak pernah mengelak,” katanya.

image is not available

Foto: FB Namewee

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sebelum ini mengesahkan bahawa kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan penemuan beberapa bukti baharu.

Beliau turut memaklumkan bahawa Namewee berada di lokasi kejadian sewaktu insiden itu berlaku dan akan membantu siasatan lanjut.

image is not available

Foto: Carian Google

Tambahnya, pihak polis sedang meneliti semua aspek termasuk individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematian berlaku.

Sumber: Facebook @Namewee 黃明志