Ibu Sanggup Bayar Anak Sendiri Ribuan Ringgit Untuk Keluar ‘Dating’ Dengan 100 Lelaki Berbeza

29 Jul 2023 • 3:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sanggup habiskan RM2K demi jodoh anak

Ibu Sanggup Bayar Anak Sendiri Ribuan Ringgit Untuk Keluar ‘Dating’ Dengan 100 Lelaki Berbeza. Seorang influencer di negeri Utah mendedahkan bahawa ibu mereka membayar saudara perempuannya AS$500 (RM2,278) untuk keluar temu janji bersama 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.

MailOnline melaporkan Alyse Carolyn kerap berkongsi video tutorial rambut di akaun TikTok miliknya dan mempunyai lebih 306,000 pengikut.

image is not available
Ibu Sanggup Bayar Anak Sendiri Ribuan Ringgit Untuk Keluar ‘Dating’ Dengan 100 Lelaki Berbeza. Kredit: Kosmo

Namun, baru-baru ini Alyse berkongsi sesuatu lebih peribadi dengan berkata, saudara kandungnya yang tidak dinamakan itu menerima AS$500 daripada ibu mereka semata-mata bagi menghadiri sebanyak 100 janji temu sebelum berkahwin.

Dalam klip video mengenainya yang tular itu, Carolyn menunjukkan keluarganya meraikan kejayaan saudara perempuannya menghadiri 100 temu janji itu dengan menyediakan dua kek.

image is not available

Terdapat dua kek di atas meja dengan yang pertama mempunyai lilin membentuk angka ‘100’, manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’

Dia menyertakan kapsyen bermaksud: “Apabila ibu anda membayar saudara perempuan anda AS$500 untuk menghadiri 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.”

image is not available

Walaupun tidak menunjukkan wajah atau mendedahkan nama saudara perempuannya, Alyse menunjukkan senarai lelaki yang ditemui wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Netizen membanjiri ruangan komen dan memuji ibu Alyse kerana memberitahu anak perempuannya bahawa dia sentiasa mempunyai pilihan untuk mencari lelaki yang sesuai sebagai suami.

Baca lagi artikel menarik: