Ibu Saudara Terkilan Orang Ramai Datang Rumah Hud Aryan Sambil Buat ‘Content’

Entertainment
26 Feb 2025 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu saudara kepada adik Hud Aryan Mohd Hafifi menjelaskan bahawa kakaknya menunggu masa sehingga 6 tahun untuk mendapatkan zuriat dan mengalami 4 kali keguguran sebelum Hud Aryan dilahirkan.

Jelas Azean Suhaili Sisiliawati Ramley, 42 lagi, sejak kehilangan Hud Aryan, ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat melelapkan mata dan turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk ke kawasan hutan walaupun dalam keadaan keletihan.

Datang rumah demi ‘content’, sampai hilang sensitiviti

“Berat ujian kami sekeluarga, siang malam kami mencari Hud Aryan. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa semoga urusan mencari hari ini mendapat petunjuk positif.”

image is not available

Dalam pada itu, ibu saudara Hud Aryan juga meminta jasa baik ramai pihak supaya tidak mengunjungi rumah mereka semata-mata ingin membuat kandungan media sosial.

“Macam-macam video saya lihat di TikTok, yang datang nak membuat siaran langsung untuk menarik jumlah tontonan media sosial.

“Ada yang mempersoal mengapa kami cuai dan biarkan Hud keluar sendirian. Mereka tidak berada dalam situasi kami, fahamilah kami sekeluarga sedang bersedih.”

image is not available

Untuk rekod, Hud Aryan dilaporkan hilang dari rumah keluarganya dekat Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 7.20 malam kelmarin.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.