Ibu Shila Amzah Kembali Bergelar Isteri, Kenal Suami Melalui Serina Redzuawan

Entertainment
22 Nov 2025 • 2:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ibu kepada penyanyi popular Shila Amzah, Fauziah Sarman, kembali bergelar isteri selepas selamat dinikahkan dengan lelaki pilihannya, Zainal.

Detik bahagia itu turut dikongsi pereka fesyen terkenal, Seth & Luna, yang memuat naik video persiapan pengantin di Instagram, memperlihatkan Fauziah dan Zainal tampil sedondon dalam busana ungu muda.

Selamat diijabkabul dengan pilihan hati

Majlis ijab kabul itu dihadiri keluarga terdekat dan disahkan sendiri oleh anak menantu Fauziah, Ubai.

View this post on Instagram

A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_malaya)

Serina Redzuawan jadi pengantara cinta

Menariknya, pelakon Serina Redzuawan, mendedahkan bahawa dialah yang memperkenalkan Fauziah dan Zainal sehingga akhirnya membawa kepada penyatuan dua jiwa ini.

View this post on Instagram

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

Dalam perkongsian di Instagram, Serina meluahkan rasa syukur kerana dapat menjadi pengantara dan saksi kepada kisah cinta yang disatukan oleh kasih Allah.

Serina menyifatkan Zainal sebagai seorang lelaki beriman yang mampu membimbing Fauziah ke arah kebahagiaan.

Katanya lagi, segala luka dan kesedihan yang pernah dilalui Fauziah kini terubat dengan kehadiran suami baharunya.

Serina turut menitipkan ucapan manis buat Fauziah agar terus bahagia hingga ke akhir hayat, saling melengkapi dan berpimpinan tangan menuju syurga abadi.

Pssttt! Jodoh memang rahsia Allah. Selepas melalui pelbagai ujian hidup, semoga rumah tangga Fauziah dan Zainal kekal bahagia serta menjadi sumber ketenangan buat seluruh keluarga.

Kredit: Instagram Serina |
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Ibu Shila Amzah Kembali Bergelar Isteri, Kenal Suami Melalui Serina Redzuawan appeared first on Oh! Media.