“Untuk ‘Orang Luar’, Just Ingat Ya Uqasha Masih Isteri Saya, Saya Wujud Lagi Ni” – Kamal Adli

EntertainmentLifestyle
19 Nov 2025 • 2:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Kamal Adli memberikan pesan tegas kepada mana-mana individu yang didakwa cuba mendekati isterinya, aktres Uqasha Senrose, ketika hubungan rumah tangga mereka sedang melalui kemelut.

Kamal, 39, menegaskan bahawa status mereka masih suami isteri yang sah mengikut hukum Islam, justeru meminta pihak tertentu memahami kedudukan itu.

Advertisement

image is not available

Saya sebagai suami, saya nak pesan… bukan pada orang luar, bukan pada keluarga dia, tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya.

Ingat ya, Uqasha itu masih lagi isteri orang yang sah. Saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini.

Jadi faham ya, dari segi hukum.

Namun begitu, Kamal menafikan wujudnya gangguan pihak ketiga seperti yang mungkin dispekulasikan.

Eh tak, bukan orang ketiga. Tak ada. Saya tak cakap macam tu. Saya cuma bagi pesan tentang kedudukan hukum kami masih suami isteri yang sah. Itu saja.

Dalam pada itu, Uqasha turut menegaskan tiada mana-mana individu luar yang terlibat dalam urusan peribadinya sepanjang tempoh pergolakan rumah tangga ini.

@mbuzzterhangat

Pelakon Kamal Adli memohon maaf jika selama ini beliau ada berbuat salah kepada keluarga mentuanya.. #meloditv3

? original sound – Mbuzz Terhangat – Mbuzz Terhangat

Beliau memaklumkan bahawa dirinya hanya meluangkan masa bersama keluarga dan anak, bukan dengan rakan-rakan seperti yang mungkin disangka.

Fasal orang luar tu… siapa yang ikut saya akan nampak saya hanya bersama keluarga saya dan anak. Siapa yang ada dengan kawan-kawan?

Siapa yang bawa kawan-kawan jumpa anak? Mana keluarga-keluarga dia?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-19 13:29:57

"Dakwaan Sukar Jumpa Anak Tak Betul, Kamal Siap Bawa Ke Kedai Kopi, Berjalan" - Peguam Uqasha

The post “Untuk ‘Orang Luar’, Just Ingat Ya Uqasha Masih Isteri Saya, Saya Wujud Lagi Ni” – Kamal Adli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.