Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan, Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

EntertainmentLifestyle
22 Nov 2025 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Fauziah Sarman, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zainal, dalam satu majlis sederhana yang berlangsung pada Sabtu.

Berita gembira itu diketahui selepas pereka fesyen duo, Seth & Luna, memuat naik video persiapan pengantin di Instagram. Dalam hantaran tersebut, Fauziah dan Zainal kelihatan mengenakan busana sedondon berwarna ungu muda sambil ditata rias oleh jurusolek.

Advertisement

View this post on Instagram

Anak menantu Fauziah, Ubai, ketika dihubungi turut mengesahkan berlangsungnya majlis ijab kabul berkenaan yang dihadiri hanya oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Perkahwinan Kedua Fauziah Selepas Episod Penceraiannya Dengan ND Lala

Terdahulu, Fauziah pernah berkahwin dengan penyanyi era 80-an ND Lala, dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai lima orang anak termasuk Shila Amzah, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

image is not available

ND Lala melafazkan cerai terhadap Fauziah pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid namun hanya memaklumkan perkara itu melalui WhatsApp pada 8 Ogos. Kemudian, pada 5 September 2023, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai melalui ‘voice note’ tersebut adalah sah.

Majlis pernikahan Fauziah dan Zainal ini disambut dengan penuh sederhana, dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan baharu buat pasangan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-22 09:14:59

Abby Abadi Respon Perhubungan Tanpa Restu Ibu Bapa - "Macam Merugikan Diri Sendiri, Fikir Jauh Sikit"

The post Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan, Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.