Ibu Syamsul Yusof sedih lihat anak lalui takdir hidup seorang diri

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 3:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail akui sedih apabila melihat anaknya melalui takdir hidup seorang diri lebih-lebih lagi ketika waktu sukar sebegini.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Datin Patimah dalam hantaran terbarunya di Insta Story selepas berita Syamsul sah bercerai talak satu dengan isterinya, Ira Kazar pagi tadi.

image is not available

Ibu Syamsul Yusof sedih, mengalir air mata lihat keadaan anak

Menurut Datin Patimah, dia sejujurnya mengalirkan air mata apabila melihat anaknya mengharungi ujian seorang diri tanpa didampingi sesiapa terutamanya keluarga.

“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdirnya seorang diri,” tulisnya.

image is not available

Ibu Syamsul Yusof sedih, sentiasa doakan urusan anak dipermudah

Walau bagaimanapun, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memaklumkan yang dia sentiasa mendoakan setiap langkah perjalanan hidup anaknya dan berharap segala urusan di masa hadapan akan dipermudah.

“Namun doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” ujarnya lagi.

image is not available

Pagi tadi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah sah bercerai talak satu apabila wanita berkenaan dipercayai melanggar taklik sebanyak lima kali dimana kali pertama dilakukan pada 14 Ogos lalu dalam keadaan tanpa paksaan.

Susulan daripada itu, penceraian antara mereka telah pun berlaku pada 14 Ogos tersebut dan Ira telah memulakan tempoh edah pada tarikh yang sama.

Sumber: Instagram patimah8057