Syamsul Yusof cerai, Puteri Sarah enggan komen – “Itu takdir tertulis buat mereka”

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 3:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan Puteri Sarah Liyana enggan memberikan sebarang komen lanjut berkenaan bekas suaminya, Syamsul Yusof cerai dengan aktres Ira Kazar.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah berkata itu adalah takdir yang sudah tertulis buat pasangan tersebut dan dia tidak mahu mengulas penderitaan orang lain.

Syamsul Yusof cerai, Puteri Sarah enggan komen

image is not available

Kata pelakon berusia 39 tahun itu, dia dan Syamsul sudah tiada ikatan dan mereka hanya berurusan jika ia berkaitan dengan anak-anak mereka.

“Ini adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka.

“Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan, hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya jika aktres akan membuka hati untuk menerima semula bekas suaminya itu, Puteri Sarah berkata dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Puteri Sarah enggan komen Syamsul Yusof cerai

image is not available

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin,” ujarnya ringkas.

Sekadar info, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali terhadap sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis mengesahkan perkara itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

image is not available

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 namun pasangan ini berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)