Ibu terkilan anak dimarahi guru, bersolek sambut kemerdekaan

Family & Parenting
27 Aug 2023 • 7:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ammara

SHAH ALAM - Seorang ibu meluahkan rasa terkilan dengan sikap guru wanita yang didakwa memarahi anaknya kerana mengenakan solekan sempena sambutan kemerdekaan.

Luahan rasa itu dikongsikan wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak dikenali Ammara menerusi TikTok Alyahadzlina.

Melalui video berdurasi dua minit itu memaparkan guru berkenaan mengelap kesan solekan Ammara dengan menggunakan sehelai kain.

Pada awalnya, menurut ibu pelajar berkenaan, Ammara jelas kelihatan gembira memakai pakaian tradisional India sebelum ke sekolah dan pelbagai gambar diambil oleh bapanya.

"Kegembiraan menjadi kesedihan, sabar ya sayang. Ammara anak yang baik dan semangat.

"Tidak mengapa, mungkin guru tersebut dalam keadaan beremosi.

"Walaupun tak pakai solekan anak ibu tetap cantik pakai sari," katanya.

Rakaman video itu juga menunjukkan bapa Ammara bersemuka dengan guru tersebut kerana tidak tahan anaknya diperlakukan sedemikian sekali gus mahukan penjelasan.

Situasi itu juga membuatkan kanak-kanak itu menangis dan mempersoalkan mengapa dia dimarahi.

"Kenapa guru tak cakap elok-elok, kenapa nak tengking," kata Ammara sambil dipujuk bapa dan kawan-kawannya.

Setakat ini, video berkenaan trending dengan 83,600 view.