Kertas kilat2 jatuh atas makanan di parti hari jadi, suami emosi berlalu pergi

21 Aug 2023 • 3:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sambutan hari jadi yang sepatutnya dirai dengan gembira bertukar kalut apabila ibu kepada kanak-kanak yang menyambut hari lahir berkenaan melakukan kesilapan.

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai prince ruhai jefry telah menarik ‘party popper’ sehingga mengeluarkan kertas berkilat-kilat.

Kertas kilat2 jatuh atas makanan

Namun, apa yang membuatkan video tersebut viral adalah tindakannya yang tidak berfikir panjang ketika menarik party popper sehingga semua kertas yang keluar jatuh di atas makanan yang belum sempat ditutup.

Reaksi wajah suaminya juga menjadi sorotan ramai kerana kelihatan menahan marah melihat apa yang berlaku lebih-lebih lagi badannya juga dipenuhi kertas berkilat tersebut.

@princesshermossa03

TOLONG BACA DULU Begini cerita nya sebalik bfday yg ala kadar tu tp meriah , aq sebenrnya x expect mcm ni semua salah aq la jg x dgr ckp suami ckp sru letak kn tutup mknn dlu , bukan apa ba xda ruang rumh kcik jd smua mknn pun letak jk la dekat kek sng crita smua kaut kt stu sj la mknn.. jd masa hbis sj tiup lilin nynyi smua tu , strt la sy letop kn tu tp x sgka smua pergi mknn lekat,, menyesal sy jd kerja dua kali nsb ada spre mknn lg d dapur tpksa sy hidang kt ttmu, yg mknn kena liplap tu sy cuci balik sy tpksa msak blik smua nasi sj sy buang bgian atas dengan sy da bcantik2 tu ada plk sy p dapur ba masak bliksuami sy marah muka nya ba tu dn tgok reaksi muka ku yg tabah sbb trima kenyataan smua salah kucerita nya ni mhu ngis sm mhu ktwa pun ada jd pengajaran nya jangan tiru macam sy ya ibu2 buat letop2 ni klu blh tutup dlu atau tmpt lain dr mknn, tp sbnrnya bnyk kja jg liplap yg bertaburan tu stu kja pling geram sdh la aq xda vacum hmhhhhhhh penat menyapuok la tu la sj luahan coretan sy ingt tau jd kn pngjaran korg ketawa awas ar #fyppppppppppppppppppppppp #bfdaygirl #barbieday #bfday_celebration #lucutiktok #lawakviralmalaysia #fypシ #fyptausugシ

♬ bunyi asal – Princes Ruhai Jefry – Princes Ruhai Jefry

Kenapa boleh tak jangka pula jatuh atas makanan?

Ramai yang telah mengecam kesilapan wanita itu sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kurang enak didengar tanpa mengetahui hal sebenar.

 

image is not available

Kesian tengok suaminya

image is not available

 

image is not available

Suami dah cadang tutup dulu makanan

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian di Mstar, wanita yang dikenali sebagai Ruhainiz, dia menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah kesilapannya.

“Masa menyanyi lagu hari jadi dan tiup lilin, sebenarnya saya acah-acah nak letupkan props tu.

“Sebelum ini masa hari jadi anak buah, mereka buat juga tetapi percikan kertas warna warni besar sikit jadi senang je kutip.

“Ketika itu juga suami cadangkan tutup makanan dulu, tapi saya fikir tak mengapa. Tapi tak jangka masa saya letupkan props itu, kertas-kertas berkilat warna-warni yang keluar bersaiz kecil dan halus.

“Saya pun tergamam tengok ia berterbangan jatuh di atas makanan,” ceritanya.

Suami tak marah, dia gerak ambil penyapu

Walau bagaimanapun, dia memaklumkan yang tetamu sambutan hari lahir tersebut terdiri daripada adik beradiknya membantu membersihkan dahulu makanan tersebut.

Dia juga menjelaskan bahawa suaminya tidak marah pun kerana ada yang membuat spekulasi bahawa lelaki itu berasa geram dengan tindakan isteri memandangkan berlalu pergi selepas kertas warna warni tersebut berterbangan terkena makanan.

“Dalam video nampak suami saya terus berlalu… ramai orang komen fikir dia marah. Sebenarnya dia ke dapur untuk ambil penyapu. Tak marah-marah pun.

“Kemudian saya, suami, adik-adik bersihkan tempat itu, makanan saya pergi bersihkan dan masak semula. Tapi untuk tetamu, saya hidang makanan yang masih berlebih di dapur sebab saya masak banyak juga.

“Alhamdulillah walaupun tergendala sekejap tapi sambutan berjalan dengan lancar selepas itu. Anak happy, semua dapat makan.

“Saya muat naik video itu dengan niat mahu beritahu, sesiapa pun boleh jadi lupa atau tak sengaja. Jadikan pengajaran, jangan buat seperti yang saya buat. Nak letupkan props tu jangan depan makanan atau tak payah letupkan. Nanti menyesal macam saya,” ujarnya.

Ujarnya, dia memuat naik video tersebut sebagai satu bentuk pengajaran kerana setiap orang pernah membuat silap dan tidak menyangka ia tular sehingga mendapat tontonan lebih daripada 6 juta viewers sejak dikongsikan kelmarin.

Sumber: TikTok prince ruhai jefry, Mstar