Ibu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Kembar Teruskan Legasi Sambung Pengajian Di UPNM

LocalFamily & Parenting
19 Jun 2026 • 3:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ibu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Kembar Teruskan Legasi Sambung Pengajian Di UPNM

Ibu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Kembar Teruskan Legasi Sambung Pengajian Di UPNM

Dunia ini tidak kekal selamanya dan kita semua akan kembali kepada Allah SWT apabila tiba masanya.

Namun, hanya yang melalui sahaja akan faham betapa sakitnya kehilangan orang tersayang, terutama ibu bapa.

Pun begitu hidup tetap perlu diteruskan dan dijalani dengan penuh sabar.

Baru-baru ini, tular mengenai dua beradik kembar yang merupakan anak-anak kepada Allahyarhamah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April 2024.

Nur Qistina Auni dan Nur Qistina Awliya meneruskan impian yang dibina bersama bersama Allahyarhamah ibu mereka dengan melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Image from: Ibu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Kembar Teruskan Legasi Sambung Pengajian Di UPNM

Menerusi perkongsian universiti itu di Instagram, Auni dan Awliya memulakan perjalanan baharu sebagai pelajar Diploma Kecergasan Pertahanan.

"Walaupun insan yang menjadi sumber kekuatan mereka sudah tiada, didikan, semangat dan pengorbanannya terus hidup dalam setiap langkah yang diambil," kata UPNM.

Ketika ditemu bual, dua beradik itu berkata ibu mereka menjadi inspirasi dalam menyambung pelajaran di universiti itu.

Mereka turut berkongsi nasihat yang pernah diberi oleh arwah ibu.

Image from: Ibu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Kembar Teruskan Legasi Sambung Pengajian Di UPNM

"Jangan gaduh adik-beradik, belajar betul-betul. Jangan mengharapkan orang lain, kalau macam susah senang ada adik-beradik," kata mereka.

Baca juga:

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar segala urusan dua beradik itu dipermudahkan.

"Semoga berjaya menempuhi kehidupan sebagai pelajar di UPNM. Bawa semangat ibu bersama kamu berdua," kata seorang netizen.

"Banggakan keluargamu. Ibumu pasti bangga kalian menyambung legasinya," kata seorang lagi.