![Image from: Arwah Ibu Jadi Inspirasi, Anak Kembar Mangsa Nahas Helikopter Di TLDM Lumut Sambung Pengajian Di UPNM [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Anak-kembar-mangsa-tragedi-nahas-helikopter-di-tldm-perak-sambung-belajar-di-UPNM.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tragedi dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut dan mengorbankan 10 anggota pada 23 April 2024 nyata mendapat perhatian ramai.
Antara mangsa terkorban dalam nahas tersebut adalah Bintara Muda Noor Rahiza Anuar yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).
Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] TLDM Sahkan 2 Helikoper Terhempas, 10 Tentera Terkorban
Arwah Ibu Jadi Sumber Inspirasi, Anak Kembar Noor Rahiza Anuar Sambung Pengajian Di UPNM
Meskipun telah dua tahun berlalu, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat anak kembar Allahyarhamah Noor Rahiza iaitu Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor.
Manakan tidak, kedua-dua mereka kini meneruskan legasi ibu dan menjadikan arwah Noor Rahiza sebagai inspirasi dengan menyambung pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menerusi satu video temu bual yang dikongsikan oleh UPNM, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni yang kini berusia 18 tahun menjelaskan mereka memilih kursus Diploma Kecergasan Pertahanan kerana minat.
Bukan itu sahaja, UPNM menjadi pilihan mereka kerana boleh melibatkan diri dengan dunia ketenteraan.
“Kita orang tengok dalam Unit Pusat Universiti (UPU), dekat situ dia boleh jadi fisiologi. Kitaorang berminat untuk jadi fisio, kitaorang ambil kursus ini.
“Boleh jadi kadet, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Askar Wataniah, kebajikan pun terjaga,” jelas mereka.
Pasangan Kembar Aktif Judo Sehingga Sampai Ke Peringkat Kebangsaan
Malah, kedua-dua pasangan kembar itu sebenarnya aktif dalam sukan Judo dan pernah mewakili Kelantan hingga ke peringkat kebangsaan.
“Bermula (sertai sukan judo) dari tingkatan satu. Kami sebenarnya nak cuba je, macam seminggu dua minggu tetapi akhirnya kami stay sebab seronok,” katanya.
![Image from: Arwah Ibu Jadi Inspirasi, Anak Kembar Mangsa Nahas Helikopter Di TLDM Lumut Sambung Pengajian Di UPNM [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Anak-kembar-mangsa-tragedi-nahas-helikopter-di-tldm-perak-sambung-belajar-di-UPNM-1.jpg)
Pasangan Kembar Ingat Pesanan Arwah Ibu
Menerusi video itu juga, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni turut berkongsi nasihat arwah ibu yang masih diingatinya dan dipegang sehingga kini.
“Jangan gaduh adik-beradik. Belajar betul-betul. Jangan harapkan orang lain.
“Kalau macam susah dan senang, (masih) ada adik-beradik,” kongsi mereka.
Helikopter Dinaiki Arwah Noor Rahiza Terhempas Ketika Raptai Sambutan Ulang Tahun TLDM Yang Ke-90
Untuk info, helikopter yang dinaiki oleh Allahyarham Noor Rahiza berlanggar dengan sebuah lagi helikopter Fennec sewaktu membuat penerbangan ketika raptai sempena sambutan ulang tahun TLDM yang ke-90.
Selain Noor Rahiza, sembilan lagi mangsa lain yang terkorban adalah:
Pesawat HOM (M503 3): 4 orang kru & 3 penumpang
- Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503
- Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
- Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
- Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
- Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
- Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec: 3 orang kru
- Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
- Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
- Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas: TLDM Umum Senarai Nama 10 Anggota Terkorban
Baca Artikel Berkaitan: “Allahyarhamah Noorfarahimi Beritahu Ingin Naik Helikopter Sebelum Pencen TLDM” – Ibu Saudara
Baca Artikel Berkaitan: Pesawat Fennec Tak Berada Pada Ketinggian & Haluan Ditetapkan Punca Nahas 2 Helikopter TLDM [Video]



