Ibu terpedaya, sanggup bayar RM3.5 juta demi bebas anak di Penjara Kajang

26 Jun 2023 • 5:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang lelaki diberkas disyaki memperdaya seorang wanita membayar RM3.5 juta kononnya untuk membebaskan anaknya yang ditahan di Penjara Kajang.

Timbalan Ketua Polis Johor M Kumar, berkata suspek berusia 35 tahun itu ditangkap di sekitar Bandaraya Johor Bahru, pada 16 Jun oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor dengan dibantu JSJ Bukit Aman.

Katanya, mangsa mengenali suspek pada Mac 2020 dan menawarkan membantu membebaskan anak perempuannya kerana ditahan kesalahan bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), sejak 2019.

“Suspek menyatakan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes bagi membebaskan anak pengadu dan menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin dengan syarat pengadu memberikan sejumlah wang.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Percaya dengan kata-kata suspek, antara Mac 2020 hingga Jun 2023, pengadu telah menyerahkan wang tunai secara berperingkat kepada suspek sehingga RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan.

Kumar berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati anaknya masih tidak dibebaskan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut kesalahan tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.